" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."
Tuesday, August 10, 2010
selamat menyambut ramadhan al-mubarakh..
10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah
Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)
2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.
3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.
“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.
Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.
4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.
5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.
Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.
7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.
8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.
9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.
10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.
Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.
Ramadhan datang Lagi..
Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.
Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.
Pernah Rasulullah SAW,manusia yang agung bersabda : "Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga ".
Ingatan ini merti dijaga agar ibadah puasa kite tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.
Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.
Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.
Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”
Inilah puasa yang hakiki..
Oh Ramdhan..Kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku..
Saturday, August 7, 2010
luahan hatiku selama di asrama...
ni la bdk2 bilik iman yg periang n agk bising dlm dorm,..ahhaha,,, pst berita y kurg baik... hasmirul masuk hospital kene denggi berdarah,nadira majid demam smpi masuk wad.. pst bnn F4 ramai yg sakit.. cume 6 org je yg masih bertahan gn antibody mereka.. marilaah kite sume mendoakan kwn iman yg sakit...moga cepat sembuh...AMIN YA RAB...ha! pd 12julai uh bufday iman au..korg mst lupe en..x pe la..x kesah un..wkt bufday iman,mama dtg anta kek cokelat..sedap..heheh..pst iman potong la 1/4 drpd kek uh bg kat kwn iman kat asrama aisyah..pst lps anta kek uh nisya tgu iman kat luar,,pst dy sergah iman,,iman pe lg, menjerit sekuat aty la..pstu ust pa'an pgl au..dy tny np menjerit..iman pun kate ah sbb terkejut nisya buat..pst lps disoal siasat oleh ust pa'an,,bru la kami diberi pelepasan utk balik asrama..ahha.. pstu thn dpt byk gile present bfdy..hahaha..x sangke lak,,,ase nyer thn nie agk best ah jgk... hhahha... k la..nk men game...bubye..