“Apa salah Mia, mama? Mia tutup aurat, Mia solat..tiap-tiap  hari Mia doakan kesejahteraan keluarga kita ma, tapi kenapa Tuhan balas  Mia begini??!” Damia berada erat dalam dakapan ibunya, Faridah.
   Sejak anaknya menjadi mangsa kerakusan lelaki tidak berhati perut, sejak  itulah hidup anaknya seakan gelap. Tiada lagi senyum dan tawa yang  menghiasi satu-satunya anak perempuan kesayangannya. Tercabar jua naluri keibuannya. Entah apa lagi yang harus dilakukan untuk mengembalikan  semangat puteri kesayangannya. Pujukan dengan kata-kata seakan lemah  buat Damia. Hanya doa yang mampu Faridah titipkan agar Damia kembali  positif dalam hidupnya.
 ’Andai ibu diberi pilihan, biarlah ibu yang menanggung deritamu, Mia,’ bisik hati kecilnya.
 Damia bukan lagi seperti dulu. Perwatakannya jauh berbeza dari sebelumnya. Kalau dulu pada awal subuh dan selepas  maghrib akan terdengar alunan bacaan Al-Quran yang merdu menghiasi  kamarnya. Namun kali ini cuma esakan yang menjadi ganti suasana itu.  Ah,rindunya pada Damia yang dulu! Terkadang hampir sahaja keluar sumpah  serana dari bibirnya untuk lelaki tak bertamadun itu. Kalau ikutkan  hati, biarlah lelaki itu mati ditangannya!
  “Mama tak tahu lagi  nak buat apa..mak tak sanggup tengok adik kamu terus menangis macam ni.  Sekarang dah hampir tiga bulan Johan. Tiga bulan! Tengoklah apa lelaki  keparat tu dah buat dengan adik kamu! Makan pun payah, solat pun dia dah abaikan, asyik menangis..menangis…menangis. Jumpa doktor psikologi pun  tak ada sembuhnya!” perasaannya berbaur marah dan kecewa.
Ujian apakah yang menimpa keluarganya? Cukuplah dia melalui zaman perit bersama bekas suaminya dulu, cukuplah hanya dia yang menanggung derita dan kecewanya terhadap seorang lelaki. Kenapa ‘lelaki’ juga yang memusnahkan hidup anaknya, Damia?!
 Ujian apakah yang menimpa keluarganya? Cukuplah dia melalui zaman perit bersama bekas suaminya dulu, cukuplah hanya dia yang menanggung derita dan kecewanya terhadap seorang lelaki. Kenapa ‘lelaki’ juga yang memusnahkan hidup anaknya, Damia?!
 “Ma, Jo tahu apa yang menimpa Damia memang teruk dan tak pernah terfikir pun ia akan berlaku. Tapi Jo yakin setiap  kejadian ada hikmahnya, ma. Mama pernah ajar Jo kan, kita tak boleh  putus asa dalam hidup ni sedangkan Allah masih tidak pernah putus  menghulurkan pemberian-Nya. Allah masih memberi kita waktu untuk  bernafas di udara-Nya, memberi waktu untuk mengingati-Nya, memohon  pada-Nya. Mama juga pernah kata,tiap perbuatan ada balasannya. Selagi  kita berhambakan Allah untuk hidup, dan bukan berhambakan hidup untuk  Allah, kita pasti akan menemui kebahagiaan. Entah dunia atau akhirat…”  Matang bicara Johan.
   Jatuh jua air mata Faridah, bersyukur memiliki anak seperti Johan. Saat  dia hampir rebah, dia punya anak yang memapah. Wajarkah dia berputus asa pada rahmat-Nya?
  “Alhamdulillah…terima kasih sedarkan mama, Jo.  Kita sama-sama berdoa, semoga adik kamu tabah dan mendapat hidayah-Nya.” Johan tersenyum sambil memegang erat tangan ibunya.
  Jam hampir  menunjukkan jam 8.20 malam. Bising. Satu-persatu buku dari rak yang  tersusun kemas dibiarkan berselerak diatas lantai. Apa sahaja objek  dihadapan mata Mia seakan tidak kena pada tempatnya. Pasu bunga yang  dibiarkan jatuh dan pecah dihadapannya seakan menghiburkan hati. Lantas  jari-jemarinya bermain dengan serpihan kaca yang berterabur di sekitar  permukaan lantai. Tiada perkataan ‘luka’ yang wujud pada deria rasa saat Mia menyentuh serpihan-serpihan kaca oleh jemarinya. Baginya tidak ada  gunanya lagi dia menghargai jasad yang sudah menjadi mangsa nafsu hamba  dunia. Kotor! Jijik!
  “Astaghfirullah..Mia!” Faridah berlari  mendapatkan Mia. Johan pantas menarik tangan adiknya yang sudah dibasahi darah kerana luka dari serpihan kaca yang disentuhnya.
 “Mia! Kau sedar tak apa yang kau buat ni?!!”
 “Johan, janganlah marah adik  kamu..dia masih tak stabil,” ujar Faridah sambil berusaha menghentikan  pendarahan dari kedua tapak tangan anaknya.
  “Mia dah melampau ma! Kita berusaha untuk kembalikan semangatnya..kita berdoa untuk dia tapi  dia pula berusaha membunuh diri! Apa yang kau nak Mia? Kau nak biarkan  lelaki tu rampas kesucian hati kau pula? Jangan pernah salahkan takdir  Mia..Jangan pernah kesalkan hidup. Kau tak sedar ke berapa ramai lagi  mangsa rogol diluar sana yang tak berpeluang meneruskan hidup macam kau? Jangan biarkan kebodohan lelaki tu pun buat kau bodoh!” Damia terdiam  walau air matanya terus membasahi pipi gebunya.
   Faridah hanya mampu diam, membiarkan Johan meneruskan kata-katanya  dengan harapan dapat menyedarkan Damia.
  “Berapa ramai lagi yang  diuji diluar sana, sampai cacat pendengaran, buta pandangan tapi masih  ada keinginan meneruskan hidup! Masih menghargai nyawa yang dianugerahi  Allah. Abang tak kata dugaan kau tak sehebat mereka, tapi abang nak kau  sedar Mia, betapa hebat pun ujian dan dugaan yang kita terima semuanya  berpaksikan kembali pada Allah. Mengingati Allah.” Johan tunduk  menyelindungkan wajahnya yang dibasahi airmata. 
   Bukan niatnya untuk memburukkan Damia, tidak terdetik sedikitpun niat  untuk melemparkan semua kesilapan di bahu Damia. Hati kecilnya turut  tercalar dengan peristiwa yang menimpa adiknya. Perasaan bersalah  menyelubungi dirinya yang mengakui tidak menjaga Damia sebaiknya. Andai  sahaja dia tahu akan berlaku sesuatu, pasti Johan sanggup membatalkan  niatnya untuk pergi mesyuarat. Aku tak patut biarkan Damia balik  bersendirian!
 “Maafkan Mia..mama, abang Johan..”
“Mia tak pernah salah dengan mama, sayang.” Faridah menyeka airmata Damia.
 “Mia..jasad ni milik Allah. Apa yang berlaku semua ada hikmah. Abang minta maaf tak lindungi Mia sebaiknya..” 
   Keluarga mereka bersatu dalam pelukan, bersatu dalam tangisan. Berdoa  semoga ada sinar harapan yang cerah untuk mereka, semoga titik-titik  luka tidak akan memutuskan ikatan silaturrahim yang sekian lama terbina. Semoga harapan itulah yang menghidupkan kembali keyakinan pada Mia.  Semoga ada kesabaran yang subur pada jiwa Damia.
    
 
    
  "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,  kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira  kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)
 ************
 10 Ramadhan..
 Setahun berlalu. Hari ini Mia akanberdepan dengan peperiksaan akhir sem. Awal  subuh tadi dia terdengar Mia membaca al-Mathurat sebagai permulaan hari  yang baik untuk Mia menghadapi peperiksaannya. Hatinya semakin tenang  saat melihat senyuman yang sentiasa terukir di wajah Damia.
 “Mama doakan Mia dapat jawab yang terbaik nanti. Jangan lupa, sebelum jawab soalan…”
 “Hadiahkan Al-fatihah buat diri sendiri, pemeriksa dan  saudara kita..serta  selawat untuk  nabi,” pintas Mia menyambung pesanan ibunya yang meresap diruang fikirannya.
  “Pandai pun anak mama  ni. Johan pun hati-hati memandu tu..jangan nak cepat sampai je.”
 “Baik ma..InsyaAllah..” jawab Johan perlahan.
 "Beruntung Mia dapat   jawab exam dalam bulan ramadhan ni. InsyaAllah dapat keberkatan,  sambil berjihad dengan nafsu, berjihad pula dengan ilmu.” Tambah mama  terus memberikan semangat buat Damia.
  “InsyaAllah, betul tu  Mia..untung Mia tau. Asalkan niat betul, Allah pasti memelihara,”  sambung Johan sambil bersalam dengan ibunya dan diikuti Mia. 
  
  “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah  gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."  (Al-Anfaal : 2)
  **********
  'Banyak lagi persoalan yang belum  terjawab. Masih ada masa untuk Haris memikirkan kembali keputusannya.  Aku keliru. Benarkah dia benar-benar cintakan aku? Kenapa dia tidak  mempersoalkan sedikitpun tentang kisah lalu aku? Maisarah menemaniku  menemui Haris. Abang Johan dan mama pun tidak tahu pertemuan yang ku  rancang dua hari sebelum tarikh pernikahan. Sepanjang menunggu  kedatangan Haris, hati yang menanti penuh debaran diisi zikrullah.  Semoga Allah memberi  kekuatan dan ketenangan buatku. Maisarah tidak  putus-putus memberikan nasihat agar aku mengawal emosi bertemu dengan  lelaki yang belum lagi mempunyai ikatan sah denganku. Malah,ini adalah  kali pertama aku akan bertemu dengan seorang lelaki yang membicarakan  soal perasaan, soal diri masing-masing.'
 “Haris dah datang.” Bisikan Maisarah seperti menusuk ke ruang hati.
 “Assalamualaikum..” sapa Haris dan terus duduk berhadapan Damia. Mereka tidak tahu, Haris  juga pertama kali duduk semeja dengan perempuan yang pertama menyentuh  naluri lelakinya, Damia. Malah tidak terfikir pun, gadis muda berusia 21 tahun dihadapannya akan menjadi permaisuri hatinya, dunia akhirat.  InsyaAllah..
  “Waalaikumussalam..” jawab Damia dan Maisarah  serentak. Setelah itu, diam merajai suasana tatkala masing-masing  menunggu pihak mana yang akan bersuara. Damia tunggu Haris. Haris pula  menunggu Damia. Maisarah? Akhirnya Maisarah juga yang memulakan  perbualan setelah minuman yang dipesan telah tiba.
 “Awak..awak masih ada masa nak ubah fikiran, Ris,” ujar Maisarah.
‘Thanks Mai! Tapi bukan aku ke sepatutnya cakap dialog tu?’ getus hati kecil Damia.
 “Nak ubah fikiran? Kenapa Damia? Awak tak setuju  ke?” soal Haris, bingung sambil merenung Damia, mengharapkan jawapan.
 “Bukan tak setuju..tapi,tapi..saya tak seperti perempuan lain. Awak kena faham tu”
 “Ya. Saya faham Mia, awak tak sama dengan perempuan di luar  sana. Awak gadis tabah yang tetap teguh di jalan Allah walaupun Dia  sentiasa menguji awak.”
 “Tapi..”
 “Damia, dengar sini.  Bukan kecantikan jasad awak yang membangkitkan rasa cinta saya pada  awak, kerana bagi saya semua wanita ciptaan Allah dicipta dengan  kecantikan tersendiri. Tapi kecantikan hati dan keperibadian awak yang  mengagumkan saya. Kerana tak semua wanita mampu bangun dan terus  berpegang teguh pada takdir-Nya setelah rebah dengan dugaan atau  musibah. Saya cintakan awak bukan untuk dunia je, tapi akhirat. Serahkan laluan cinta pada Allah, bukan saya semata..InsyaAllah. Awak akan lebih tenang..”
  Terdiam. Bibir seakan terkunci rapat untuk bersuara.  Lidah seakan kelu untuk berbicara. Hanya satu yang ku tekadkan dalam  hati. Aku redha atas ketentuan-Nya. Hanya dia yang tahu apa yang  terbaik.
  ********** 
  Skrin komputer riba ditatap lama. Puisi itu  benar-benar menyentuh jiwanya. Blog ‘An-Nisaa’ yang menjadi tatapan  Haris kini menarik perhatian. Penuh dengan puisi keagamaan. Siapakah  yang diilhami Allah SWT untuk menulis puisi yang begitu indah pada iman. Semoga setiap pembacanya mendapat manfaat dan menghayati tiap bait-bait ayat yang begitu menggegarkan jiwa khalifah. Walau siapa pun  penulisnya, semoga Allah merahmatinya.
  CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!
Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!
Cinta..
Menyebut namamu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janjimu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!
Cukup bagiku cintamu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..
Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta padamu..
Aku cinta pada takdirmu..
Aku cinta pada jalanmu..
Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..
 Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!
Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!
Cinta..
Menyebut namamu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janjimu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!
Cukup bagiku cintamu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..
Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta padamu..
Aku cinta pada takdirmu..
Aku cinta pada jalanmu..
Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..
 Puisi ‘Aku jatuh cinta’ dibacanya berulangkali. Sesekali airmata yang jatuh disekanya segera. Bibirnya meniti istighfar. Puisi itu seakan merasuk kamar emosinya. Menerjah diruang fikirannya. Lantas  jasadnya bangun menyucikan diri dengan wudhu. Tenang. Jiwanya dibalut  ketenangan usai sahaja solat tahajudnya tengah malam  itu. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar..zikir berlagu pada  bibir, jiwa dan meresap di hati.
                   **************
                 “Terima kasih kak Mia, selama ni akak dah banyak bagi dorongan dan  nasihat pada Alia, kalau tak..entahlah apa yang akan jadi.” 
   Wajah Alia ditatap lama. Bukan kerana simpati yang membakar semangatnya  untuk membantu Alia, tetapi gadis belasan tahun yang baru memasuki pusat perlindungan Anisa itu benar-benar menyentuh naluri wanitanya. Alia  menjadi mangsa rogol manusia tak berperikemanusiaan. Kejam. Satu-satunya ayat yang layak menggambarkan derita gadis ini. Mujur Allah memberi  rahmat dan petunjuk pada hambanya yang lemah. Biar jasad ditindas, tapi  iman sedikitpun tidak akan tercalar.
  “Syukur pada ALLAH SWT, hanya dia yang memberi sinar pada jiwa kita. Kakak cuma jalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim, Lia.”
  “Semalam cikgu Haris beri ceramah sekejap je, tapi kali ini lebih  banyak mendengar dan menghayati..tak seperti selalu.”
 “Kenapa, dia cakap tentang apa?”
  “Kebanyakan penghuni yang ada disini lemas kerana cinta nafsu, ditindas  kerana cinta dunia..Tapi semalam, bila cikgu Haris berikan puisi  ni..kita sebagai wanita semua hanya terdiam. Dalam diam, semuanya ingin  berubah dan bersihkan niat dalam hati, kak.” Sayu ucapan Alia sambil  tangan kanannya lantas menghulur kertas putih yang berada digenggamannya tadi. 
   Mata membaca setiap bait ayat, menerjah ruang minda dan mencari sudut  jiwa. Lantas bibir menguntum senyuman.
 “Kenapa akak senyum semacam je, akak pernah baca puisi ni ke?” Alia bingung.
“Puisi ni sangat dekat dengan akak, Lia..sentiasa rapat dihati akak..”
“Puisi ni diambil dari…”
“Blog An-Nisa.” Sambung Damia.
  Tepat sangkaannya, getus Alia. “Kakak penulis puisi yang selama ni cikgu Haris beri pada kami?” soal Alia terus.
   Namun Damia hanya memberikan senyuman sebagai jawapan. Menyembunyikan  sedikit emosinya yang masih terkejut kerana suaminya menggunakan nukilan puisi dalam blognya sebagai bahan kaunseling. Tidak menyangka Haris  turut menyelami curahan jiwanya dan menyampaikannya dalam corak bimbingan  kaunseling.
  “Cikgu Haris tak tahulah selama ni yang tulis puisi kegemarannya  ialah isterinya sendiri.” Usik Alia.
   “Akak pun tak sangka suami akak boleh terjah blog akak. Sebelum ni  memang ada yang  minta izin copy semua karya akak melalui emel, tapi  akak tak tahu yang minta izin tu suami akak sendiri,” ujarnya sedikit  tergelak. Subhanallah..
 Kertas yang dicetak dari laman blognya ditatap bersama Alia.
 Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..
Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..
Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?
Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia
Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba
Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..
Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..
Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..
               
'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'
   Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..
Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..
Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?
Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia
Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba
Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..
Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..
Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..
'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'
  "Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada  batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang  bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan  daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu  kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah SWT. Adanya  iman..apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. InsyaAllah.” Panjang  bicara Damia.
   Hilang kata-kata dari Alia, mereka berdakapan. Terusik dengan kata-kata  Damia. Kenapalah sebelum ini aku tidak menghargai nyawa, terlalu awal  untuk menyerah dengan kehidupan? Sedangkan Allah tidak putus-putus  memberi kesempatan. Air mata mengalir dipipi gebu Alia. Hatinya terlalu  akrab dengan Damia.
  “Kenapa akak memahami Lia? Adik dan ibu Alia sendiri tak dapat nak  faham Lia..situasi Lia. Akak pun…pernah lalui masa derita macam Lia juga ke?”
  Damia tersenyum, biarlah Alia mentafsirkan sendiri makna senyumannya kali ini. Alia memandang Damia dengan pandangan berkaca dan bibirnya  turut menguntum senyuman walau soalannya tidak terjawab dengan lisan.
  “Bukanlah masa ‘derita’ Lia..tetapi masa yang terlalu berharga.  Airmata yang menangis buat Pencipta, melihat putaran kehidupan dengan  mencari hikmah yang tersembunyi dari Allah, rindu untuk terus sujud  mengharapkan bantuan dan menyandarkan harapan pada-Nya. Istilah ‘derita’ itu patut digantikan dengan ‘tarbiyah’..Kita belajar dan diajar melalui kehidupan, Alia. Jadi, jangan anggap ini masa derita buat Alia, belum  tentu orang yang bahagia ikhlas mengingati Allah. Saat yang dianggap  derita itulah kita sentiasa bertemankan doa.”
  “Ya..Alhamdulillah, terima kasih kak. Kakak terlalu banyak sedarkan  Alia. Alia jahil dengan dunia kak.”
 “Alhamdulillah..semuanya dari Allah..” Damia tersentak.
  Sejak bila suaminya berada  dihadapan mereka? Tabir yang memisahkan  jemaah lelaki dan wanita yang terselak  ditiup angin menampakkan jasad  Haris yang benar-benar berada dihadapan. Dengarkah dia semua bicaranya  pada Alia?
   Selesai berjemaah solat Asar, Haris terus mendekati isterinya. Tapi kali ini lain panggilan yang keluar dari mulutnya.
  “Nampaknya hari ni biar abang yang masak untuk makan malam, khas  buat isteri yang tersayang, An-Nisa” Senyuman Haris memerangkap  emosinya. Tapi…
 “Abang sebut Nisa tu, nama madu buat Mia ke?” Damia sengaja mengusik.
 “Amboi, tak payah nak sorok lagi..lepas ni abang nak bukukan karya  tulisan isteri abang. Tak payahlah nak hantar emel nak minta izin kan?”  Sah, Haris dengar tadi! Siap menyindir pula.
 “Yelah abang, maaflah sebab berahsia dengan abang.”
 “Takdelah..Alhamdulillah, abang beruntung berjumpa dengan penulis  puisi kegemaran abang yang selama ni dekat dengan abang, dan dapat tahu  rahsia sayang pun kat tempat kegemaran abang, kat surau rumah Anisa.  Kenapalah abang tak boleh agak selama ni? Rupanya nama yang sayang beri  untuk rumah perlindungan ni pun sama dengan  nama blog sayang kan?” 
   Rumah perlindungan untuk wanita  yang tertindas diberi nama Anisa,  walaupun masih baru tetapi berjaya memberi sinar baru buat  penghuni-penghuninya. Alhamdulillah,itulah harapan mereka. Itulah Jihad  cinta Damia.
  “Eh, kata nak masak untuk isteri tersayang, jomlah balik rumah cepat, nanti traffic jammed lambat pula.”
 “Sebelum tu…nak tahu tak rahsia abang tak?”
“Apa?” ucap Damia tidak sabar.
  “Puisi  ‘Aku jatuh cinta’ tu lah yang buat abang terus menyintai sayang  kerana Allah..” bisik Haris. Bisikan yang membawa manik-manik ketenangan apalagi saat Haris menyebut nama Allah. Lantas zikrullah menghiasi  kamar hatinya sambil menatap wajah suami tercintanya Haris. 
 Jihad cinta buat-Mu ya Rabb. Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu. Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu.
 
  
No comments:
Post a Comment